English I Melayu I 华语
 
 
Laman Utama Produk Khabar Baru
Pilih Negeri Muat Turun
 
     
 

Keunggulan Kamus Elektronik AppleTree

AppleTree merupakan satu-satunya jenama kamus elektronik yang dicipta khas untuk para pelajar Malaysia di mana telah menjadi jenama pilihan utama mereka.

AppleTree mewakili satu jenama antarabangsa dengan kandungan tempatan yang telah menggabungkan koleksi kamus-kamus bertaraf antarabangsa dan tempatan yang teragung untuk tujuan pembelajaran. Kami menghasilkan kamus elektronik melalui teknologi terkini bertaraf antarabangsa dengan penuh keikhlasan untuk memanfaatkan pelajar-pelajar Malaysia menikmati satu alat pembelajaran yang terbaik.

Lima Keunggulan AppleTree yang menjadi kebanggaan kami ialah :

1. Mempunyai koleksi kamus-kamus elektronik dan kandungan pembelajaran yang terbesar :

  • Kamus-kamus antarabangsa yang terunggul, seperti : OXFORD, LONGMAN dll.
  • Eksklusif dengan pangkalan data pembelajaran yang dicipta khas untuk Malaysia, seperti : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

2. Teknologi pembelajaran yang terkini

  • Berterus-terusan mencipta teknologi pembelajaran terkini, seperti: bina-dalam WiFi untuk capaian ke Internet, sistem 100% sebutan tribahasa,yang terbaik di pasaran dll.

3. Paling mudah digunakan

  • Berterus-terusan memperkenalkan fungsi-fungsi pembelajaran yang lebih mudah digunakan, seperti : sistem sentuhan sepintas, fungsi perakam video, fungsi carian tribahasa dll.

4. Harga yang paling berpatutan

  • Menumpukan penyelidikan, pengeluaran dan penjualan setempat supaya dapat menawarkan harga yang paling berpatutan kepada pelanggan-pelanggan.

5. Khidmat Pelanggan yang paling memuaskan

  • Mendirikan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan kami di seluruh Malaysia.
  • Memberi perkhidmatan memuat turun data pembelajaran kepada pelanggan-pelanggan.
  • Kos pemeliharaan kamus elektronik yang terendah di pasaran dengan waranti produk sepanjang masa.

Selain daripada menghasilkan kamus elektronik yang terbaik, AppleTree juga berusaha dalam hal-hal kemasyarakatan,, seperti: melancarkan “Kempen Kitar Semula” sebagai satu langkah perlindungan alam sekitar, melancarkan kempen " Seluruh Rakyat Memerangi H1N1” di sekolah-sekolah, mengunjungi Rumah Anak Yatim, menubuhkan [Dana Pelajaran AppleTree] dll.

AppleTree berjanji akan meneruskan segala usaha dalam ciptaan kami untuk mencerminkan masa depan para pelajar Malaysia.

Terima kasih atas sokongan anda semua.

 
 
 
Copyright © 2009 Alpha-Tech Distribution Sdn Bhd. All rights reserved.