English I Melayu I 华语
 
 
Laman Utama Produk Khabar Baru
Pilih Negeri Muat Turun Tentang Kami
 
 
 

Satu-satunya Kamus Elektronik Tribahasa PDA di Malaysia
dengan dilengkapi Kamera Digital

Dengan bangganya memperkenalkan Kamus Elektronik PDA AT200C berkilauan
warna putih-perak!

AT200C merupakan kamus elektronik yang terunggul di pasaran dengan diperlengkapkan sistem
berkualiti tinggi yang mempunyai fungsi digital untuk fotografi, membolehkan anda mengambil
gambar atau membuat rakaman video mengikut rekaan dan inspirasi sendiri sambil mempamerkan
cara hidup masa kini.

Di samping skrin berwarna, fungsi penulisan dengan tangan dan Kamus Elektronik Tribahasa yang
berwibawa, program komputernya juga lebih maju daripada mana-mana jenis Kamus Elektronik
Tribahasa yang terdapat di pasaran, merupakan satu lagi pencapaian baru.

Tawaran harga yang tiada tolok bandingnya, anda pasti tertarik dengannya.

Anda boleh mendapatkannya sekarang juga, ianya mudah saja.

       
 
 
Ekslusif dengan bina dalam kamera digital dan perakam video.
-Dengan 2.0-megapixel, ia mampu merakam pemandangan dengan jelas, tanpa 'mod letusan'.
-Dilengkapi dengan fungsi perakam video, ringan dan mudah dibawa.
 
 
Ekslusif Memori Besar 8GB Termasuk Dalam.
-Tidak perlu dimasukkan kad, tiada tambahan perbelanjaan untuk membeli kad.
-Boleh memuatkan lebih banyak kandungan, hiburan, menambah pengetahuan dan menceriakan kehidupan anda.
 
 
Ekslusif Pencarian Segera
-Hanya klikkan perkataan yang anda tidak faham, sistem berkenaan akan serta-merta mempamerkan penterjemahannya, begitulah mudah digunakan.
 
 
Ekslusif Satu-satunya kamus ilustrasi tribahasa yang terkini
-Satu-satunya kamus ilustrasi dengan penerangan Bahasa Melayu
-Membawa anda ke alam ilustrasi, mempelajari benda-benda di sekeliling kita, menambah pengetahuan dan meningkatkan memori anda.
 
 
Pembelajaran 14 jenis bahasa asing
-Bahasa Cina, Jepun, Inggeris, Rusia, Jerman, Perancis, Sepanyol, Thai, Korea, Portugis, Itali, Belanda, Arab dan Turki (Terkini).
 
 
Terkini Sebutan sebenar bagi 3 bahasa
-Sistem [Sebutan Suara Sebenar] yang terkini mampu memyampaikan sebutan dengan jelas dan tepat.
       
 
Barisan kamus-kamus yang berwibawa
-Meliputi semua aspek, koleksi yang sempurna.
       
 
 

Mengandungi 2 kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
Merupakan satu kemestian untuk mempelajari Bahasa Melayu, kamus-kamus berwibawa yang tiada tolok bandingnya.

《Kamus Dewan》 (Kamus Melayu-Melayu)
Disusun khasnya untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Mengandungi : Istilah-istilah profesional dalam pelbagai lapangan. Slanga, 375 kosa kata yang berlainan maksud. Ejaan Bahasa Melayu yang terkini. Interpretasinya telah diperbaiki mengikut aliran zaman. Penerangan yang terperinci dan contoh ayatnya. Disusun juga dengan simbol-simbol fonetik.

《Kamus Inggeris-Melayu Dewan》 (Kamus Inggeris-Melayu)
Rujukan terbaik bagi penterjemah, penulis, kakitangan pentadbiran serta semua bidang profesional.
Rujukan Kamus yang paling sesuai
- Kamus Inggeris-Melayu yang terlengkap dan terkini, mengandungi lebih daripada 38,000 perbendaharan kata, kata terbitan, frasa dan frasa kata kerja.
- Mengandungi frasa-frasa umum, kesusasteraan dan istilah-istilah profesional yang terpiawai.
- Memadankan perbendaharan kata dengan tepat sekali.
- Penerangan perbendaharaan kata, contoh-contoh ayat dan penggunaannya telah disahkan oleh pakar bahasa, supaya membantu pengguna-pengguna memahami perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dari sudut Bahasa Melayu.

 

 
 

《Longman Dictionary of English Language & Culture》
(Kamus Inggeris-Cina)
Dilengkapi dengan ensiklopedia
- Dikeluarkan oleh Penerbit Kamus Britain yang berwibawa – Longman
- Dilengkapi dengan ensiklopedia bagi memudahkan anda menguasai pengetahuan yang luas.
- Susunan yang mendalam tetapi mudah difahami.
- Mempelajari sebutan Bahasa Inggeris baku supaya anda fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris secara orang Inggeris
- 'Nota Kebudayaan' (Culture notes) membolehkan anda memahami kebudayaan orang Britain dan Amerika di sebalik perbendaharaan katanya. Ini akan memudahkan anda dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat Timur ketika melanjutkan pelajaran atau bekerja di negara asing.
- Koleksi khas frasa-frasa terkini di abad ke 21, membantu anda memahami sepenuhnya mengikut konteks tertentu dari segi penggunaaannya dan mempelajari Bahasa Inggeris untuk pertuturan harian.
- Penggunaan (Usage) ialah menerangkan dengan terperinci perbezaan yang tidak ketara di antara penggunaan perkataan-perkataan dan cara penggunaan yang betul, untuk meningkatkan kebolehan anda dalam penulisan dan pertuturan serta mampu mempelbagaikan cara penyampaian.

 

 
 

Ekslusif dengan Kamus Bahasa Cina Moden, 'XianDai HuaYu CiDian' (versi Malaysia)
Perkataan-perkataan standard di negara kita.
- Kamus Bahasa Cina yang paling standard di negara kita.
- Mampu menemukan perkataan-perkataan yang tidak dapat dicari di dalam kamus biasa.


 
 

Terkini 《Kamus Am Terbaru》 (Kamus Melayu-Cina-Inggeris)
- Disusun berdasarkan [Panduan Sebutan Baru] oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
- Memiliki sejarah panjang serta dipercayai oleh rakyat Malaysia.
- Memberikan penerangan Bahasa Cina yang terperinci dan banyak contoh ayat.
- Koleksi pelbagai perkataan baru, istilah-istilah sains dan perkataan asing.

 

 
 

Terkini Kamus Simpulan Bahasa
Terkini dan paling lengkap di pasaran.
Muatannya berlipat ganda.
-Kamus Simpulan Bahasa yang paling lengkap di pasaran!
-Apa yang tidak dapat dicari dalam kamus biasa, di sini anda boleh menemukannya.
-Penerangan yang paling terperinci, mudah digunakan, membantu anda menulis karangan dengan berkesannya.
-Mengandungi penterjemahan, simpulan bahasa yang seerti, simpulan bahasa yang berlawanan, sumbernya dan contoh penggunaaan.

       
 
Sokongan tambahan fungsi
       
 
 
Semua Subjek Pembelajaran
-UPSR, PMR, SPM mendengar, pembacaan Kosa kata, Nahu tiga bahasa dll.
 
 
Terkini Model Peperiksaan Utusan Tutor
-Disusun mengikut kurikulum sekolah, memberikan lebih keyakinan di dalam peperiksaan sekolah.
 
 
Penterjemahan Ayat Penuh
-Penterjemahan Bahasa Inggeris-Bahasa Cina dan sebaliknya.
-Dalam kesibukan proses pembelajaran di mana kerap kali memerlukan penterjemahan artikel di dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, fungsi penterjemahan ayat penuh dapat menjimatkan masa daripada menterjemah satu persatu perkataan.
 
 
Ulang Dengar Dan Lihat Skrin Penuh Multimedia
-Boleh menayangkan video berskrin penuh, jelas dan terang warnanya.
-Menyokong resolusi 320 x 240 bagi AVI (DIVX), MP4, video berformat 3GP.
 
 
E-buku
-Membolehkan anda membawa perpustakaan peribadi dan menikmati keseronokan membaca pada bila-bila masa.
 
 
Rekaan Ultra Nipis
-Reka bentuk moden, ringan dibawa untuk digunakan dalam pelbagai gaya hidup.

Pilih negeri

 
Copyright © 2009 Alpha-Tech Distribution Sdn Bhd. All rights reserved.