English I Melayu I 华语
 
 
Laman Utama Produk Khabar Baru
Pilih Negeri Muat Turun Tentang Kami
 
 
 

Satu-satunya kamus elektronik WiFi yang terkini di Malaysia
dan di dunia

Apabila anda memiliki peranti MD430, anda dapat memperoleh pengetahuan
yang luas, lebih kemudahan pembelajaran daripada orang lain, lebih besar
manfaat untuk memajukan diri!

MD430 merupakan satu siri Instant-Dict.yang terbaru dan terunggul pada tahun 2010.

MD430 mewarisi pengalaman dan teknologi yang berkualiti selama 21 tahun dalam lapangan
penciptaan kamus elektronik dengan fungsi-fungsi yang unik. Anda boleh sentiasa mengakses
maklumat e-pembelajaran secara global dengan hujung jari anda pada bila-bila masa dan di mana
jua anda berada dengan fungsi eksklusif WiFi kami.

MD430 dilengkapi dengan sebutan suara sebenar [Super Sound], di mana setiap sebutan perkataan
disebut dengan tepat dan jelas sekali. Ini membolehkan anda untuk mempelajari bahasa Inggeris
Britain yang asli, bahasa Melayu baku, sebutan standard bahasa Mandarin serta perbualan dalam
pelbagai bahasa asing.

MD430 mempunyai koleksi kamus dan pangkalan data pembelajaran tribahasa terbina dalam yang
paling besar di Malaysia. Kandungan tempatan kami adalah direka khas untuk pelajar-pelajar supaya
mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik.

Dengan itu, segala keunggulan fungsi MD430 pasti dapat memenuhi permintaan anda.

Aliran Dalam E-Pembelajaran
Pembelajaran melalui internet telah menjadi satu kaedah asas pembelajaran bagi pelajar-pelajar
sekolah masa kini yang lazimnya mengumpulkan informasi dari internet untuk menyiapkan kerja
sekolah mereka. Malahan, banyak sekolah juga telah melaksanakan sistem elektronik secara
beransur-ansur dan berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar-pelajar melalui laman web sekolah.
Pelajar yang bijak juga pandai melayari internet untuk menambah pengetahuan demi memajukan diri
di dalam pelajaran dan memperoleh banyak kebaikan lagi.

Pembantu e-pembelajaran yang cekap

• Anda boleh melayari laman-laman web yang tiada batasan untuk menerokai bahan-bahan
pembelajaran.

• Fungsi muat turun membolehkan anda memuat turun pelbagai bahan pembelajaran dari laman
web Instant-Dict : www.Instant-dict.com.hk yang memudahkan lagi pembelajaran anda.

• Anda boleh menyemak pelajaran anda melalui laman web sekolah.

• Anda boleh menggunakan fungsi komunikasi e-mel seperti Facebook, MSN, Yahoo, Gmail, dll untuk
berbincang kerja sekolah dengan rakan sedarjah anda.

• Anda boleh mengakses laman web pembelajaran bahasa dengan percuma, seperti: BBC, VOA…

• Anda boleh menggunakan Wikipedia dan lain-lain ensiklopedia untuk mencari informasi
seluas-luasnya.

• Anda boleh membaca berita di dunia serta-merta melalui rangkaian-rangkaian seperti : CNN、BBC、
The Star Online…

       
 

Super Sound
[Sebutan Suara Sebenar] yang paling tepat dan jelas sekali di pasaran, mendahului jenama-jenama
lain bertahun-tahun sebagai [Sebutan Suara Terbaik] dalam kaji selidik pasaran yang dijalankan.

 

 

 

Mempelajari sebutan baku bahasa Inggeris menjadi begitu
mudahnya!

Ciri-ciri unik:
• Intonasi yang tepat dan murni.
• Koleksi sistem sebutan suara MP3 yang terbesar.
• Sebutan ayat penuh.
• Sistem sebutan berasaskan suku kata untuk menyebutkan setiap perkataan
dengan nada yang jelas dan sistematik.
• Pembesar suara yang lantang direka khas untuk anda.

 

 

 

 
 

Pembelajaran Pelbagai Bahasa
[Kamus Multi Bahasa] membolehkan anda mencari sesuatu perkataan yang
berlainan bahasa dalam penulisan dan sebutan serta dilengkapi sistem
perbualan multi bahasa [Super Sound] untuk membantu anda berkomunikasi
dengan masyarakat di merata-rata dunia.

 
 

Sebutan suku kata untuk mudah membezakan setiap bahagian kata-kata yang disebutkan.

 

Pangkalan data kamus tribahasa yang terbesar
(Koleksi lengkap)
Tidak perlu dimasukkan kad kerana terbina dalam dengan kamus-kamus yang lengkap,
mengandungi 2 buah kamus besar Oxford dan 2 buah kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
Malaysia yang paling berwibawa.

 

 
 

2 Kamus besar Oxford
Melebihi 31 ribu kosa kata

Kamus agung Inggeris-Cina
[The New Oxford Illustrated English-Chinese Dictionary]

• Kamus agung Inggeris-Cina, yang terbesar di pasaran.
• Melebihi 10,000 frasa dan lebih daripada 100, 000 ayat contoh.
• Versi terkini perkataan-perkataan baru.

 

 
 

Kamus Raksasa
[The Oxford Compact English Dictionary]

• “Kamus Raksasa”, ini merupakan salah satu daripada kamus terbesar Oxford.
• Menjadi koleksi perpustakaan nasional di seluruh dunia.
• Amat disyorkan untuk mereka yang ingin mempelajari bahasa baku Inggeris.

 

 

 

2 kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

Kamus Dewan
[Kamus Melayu-Melayu]

• Penerangan dalam bahasa Melayu yang terkini
• Ejaan terbaru bahasa Melayu
• Penerangan yang terperinci, termasuk :
- Daftar kata yang komprehensif
- Pembelajaran istilah
- Dialek

 

 

 
 

Kamus Inggeris-Melayu Dewan
[Kamus Inggeris-Melayu]

• Termasuk kata terbitan, frasa, frasa kata kerja, frasa-frasa umum,
kesusasteraan dan istilah-istilah profesional.
• Penerangan perbendaharaan kata, contoh-contoh ayat dan penggunaannya
telah disahkan oleh pakar bahasa.
• Menjadi rujukan yang terbaik untuk penterjemah, penulis, kakitangan
pengurusan serta semua bidang profesional.

 

 
 

Kamus Bahasa Cina Moden
[XianDai HuaYu CiDian]

• Eksklusif dengan perkataan-perkataan/frasa-frasa tempatan yang dipiawaikan.
• Kamus Bahasa Cina tempatan yang paling tepat.
• Mampu menemukan perkataan-perkataan yang tidak dapat dicari di dalam
kamus biasa.

 

 
 

Kamus Am Terbaru
[Kamus Melayu-Cina-Inggeris]

• Disusun mengikut [Panduan Sebutan Baru] oleh Institut Bahasa dan Sastera
Malaysia.
• Memberi penerangan terperinci dalam bahasa Cina dengan banyak ayat contoh.
• Mengandungi pelbagai perkataan-perkataan baru, istilah-istilah sains dan
kata-kata asing.

 

 
Pangkalan data pembelajaran tribahasa yang terbesar
Eksklusif dengan banyak fungsi dan pangkalan data pembelajaran tribahasa yang terbanyak
kandungannya, termasuk kamus-kamus profesional, model peperiksaan untuk semua subjek dan
peringkat, pengajaran melalui animasi...dll.
   
 
 

Versi terbaru pangkalan data Penterjemahan Ayat Dwibahasa Inggerís-Cina, Cina-Inggeris
• Eksklusif dengan rujukan kualiti suara korpus ayat oleh [Super Sound] bagi
membolehkan anda membuat perbandingan ke atas kesilapan di dalam
masukan ayat bagi meningkatkan kebolehan anda dari segi pendengaran,
sebutan, membaca, menulis dengan merujuk kepada tambahan ayat contoh.

 
 

Pangkalan data model peperiksaan bagi semua subjek UPSR, PMR, SPM
• Disusun oleh guru-guru berpengalaman yang menyediakan kandungannya
seumpama kertas peperiksaan sebenar supaya anda boleh mengulang kaji
pelajaran untuk mencapai keputusan cemerlang.

 
 

Eksklusif Panggung Animasi – Teater komedi
• Cara yang mudah dan menceriakan di dalam pembelajaran frasa-frasa, dialek
dan istilah-istilah umum bahasa Inggerís.

 
 

Paling lengkap Kamus Idiom Beranimasi
Animasi yang hidup dan menyeronokkan serta mudah difahami
• Cara penyampaian yang menarik berkenaan asal usul idiom-idiom yang
terkandung.

 
 

Paling lengkap Kamus Bergambar
• Mengandungi banyak bahan dan penerangan yang mudah dirujuk untuk
menambah pengetahuan kosa kata anda.

 
 

Terbanyak Muat turun percuma tanpa had
• Apabila anda memiliki peranti MD430, anda boleh memuat turun data
pembelajaran tribahasa sesuka hati untuk memajukan diri setiap hari.

 
 

Terbaru Carian-V dengan sari kata
• Eksklusif dengan fungsi Carian-V untuk meluaskan pembelajaran anda!
Menyokong sari kata luar di mana anda boleh klik mana-mana sari kata video
untuk dirujuk kepada fungsi carian songsang berkenaan maknanya. Oleh itu,
semua video boleh dijadikan bahan pembelajaran anda.

 
 

Terkini Skrin penuh tulisan tangan secara berterus-terusan
• Sistem masukan yang pantas ini melancarkan penggunaan anda kerana tidak
perlu lagi memasukkan perkataan secara satu per satu.

 
 

Skrin super besar dan beresolusi tinggi
• Skrin 16.9 TFT LCD menyokong 16,770,000 warna-warna semula jadi dan berseri-seri!

Percuma Muat Turun

Pilih negeri

 
Copyright © 2009 Alpha-Tech Distribution Sdn Bhd. All rights reserved.