English I Melayu I 华语
 
 
Laman Utama Produk Khabar Baru
Pilih Negeri Muat Turun Tentang Kami
 
 
 

Pal365 - Teman Pembelajaran Anda Setiap Hari
Untuk Para Pelajar Sekolah Rendah, Menengah dan Universiti

Belajar Hari-Hari, Memajukan Diri Hari Demi Hari

Model terbaru Pal365 AppleTree adalah direka khas untuk para pelajar Malaysia, membantu anda
menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam pembelajaran harian supaya menjadi ringkas dan
mudah.

Pal365 dilengkapi skrin sentuh paparan besar berwarna yang berukuran 3.5”, reka bentuk yang
moden dengan isi kandungan yang mendalam. Ianya merupakan kamus elekronik tribahasa
(Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris) yang paling kaya dengan data kosa kata dan kepelbagaian
yang paling lengkap di pasaran. Juga dengan kandungan pembelajaran 3 bahasa yang paling
komprehensif, termasuk banyak model peperiksaan,, pembelajaran menulis karangan, bahan-bahan
rujukan, pengajaran perbualan dengan MP3 serta pembelajaran multimedia melalui video, dll.
Kami juga sentiasa menambah kandungan dari masa ke semasa untuk anda muat turun dengan
percuma supaya memperolehi pengetahuan yang lebih meluas.

Pal365 ialah teman pembelajaran anda setiap hari. Bawalah bersama untuk belajar pada bila-bila
masa supaya memajukan diri. Anda hanya perlu meluangkan masa setengah jam setiap hari di
dalam menggunakan Pal365 dan ianya pasti membantu anda mencapai kemajuan yang
mengagumkan di dalam pelajaran anda selepas setahun.

       
 
 

Terkini 《Kamus Am Terbaru》 (Kamus Melayu-Cina-Inggeris)
- Disusun berdasarkan [Panduan Sebutan Baru] oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
- Memiliki sejarah panjang serta dipercayai oleh rakyat Malaysia.
- Memberikan penerangan Bahasa Cina yang terperinci dan banyak contoh ayat.
- Koleksi pelbagai perkataan baru, istilah-istilah sains dan perkataan asing.

 

 
 

Mengandungi 2 kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
Merupakan satu kemestian untuk mempelajari Bahasa Melayu, kamus-kamus berwibawa yang tiada tolok bandingnya.

《Kamus Dewan》 (Kamus Melayu-Melayu)
Disusun khasnya untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Mengandungi : Istilah-istilah profesional dalam pelbagai lapangan. Slanga, 375 kosa kata yang berlainan maksud. Ejaan Bahasa Melayu yang terkini. Interpretasinya telah diperbaiki mengikut aliran zaman. Penerangan yang terperinci dan contoh ayatnya. Disusun juga dengan simbol-simbol fonetik.

《Kamus Inggeris-Melayu Dewan》 (Kamus Inggeris-Melayu)
Rujukan terbaik bagi penterjemah, penulis, kakitangan pentadbiran serta semua bidang profesional.
Rujukan Kamus yang paling sesuai
- Kamus Inggeris-Melayu yang terlengkap dan terkini, mengandungi lebih daripada 38,000 perbendaharan kata, kata terbitan, frasa dan frasa kata kerja.
- Mengandungi frasa-frasa umum, kesusasteraan dan istilah-istilah profesional yang terpiawai.
- Memadankan perbendaharan kata dengan tepat sekali.
- Penerangan perbendaharaan kata, contoh-contoh ayat dan penggunaannya telah disahkan oleh pakar bahasa, supaya membantu pengguna-pengguna memahami perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dari sudut Bahasa Melayu.

 

 
 

《Longman Dictionary of English Language & Culture》
(Kamus Inggeris-Cina)
Dilengkapi dengan ensiklopedia
- Dikeluarkan oleh Penerbit Kamus Britain yang berwibawa – Longman
- Dilengkapi dengan ensiklopedia bagi memudahkan anda menguasai pengetahuan yang luas.
- Susunan yang mendalam tetapi mudah difahami.
- Mempelajari sebutan Bahasa Inggeris baku supaya anda fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris secara orang Inggeris
- 'Nota Kebudayaan' (Culture notes) membolehkan anda memahami kebudayaan orang Britain dan Amerika di sebalik perbendaharaan katanya. Ini akan memudahkan anda dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat Timur ketika melanjutkan pelajaran atau bekerja di negara asing.
- Koleksi khas frasa-frasa terkini di abad ke 21, membantu anda memahami sepenuhnya mengikut konteks tertentu dari segi penggunaaannya dan mempelajari Bahasa Inggeris untuk pertuturan harian.
- Penggunaan (Usage) ialah menerangkan dengan terperinci perbezaan yang tidak ketara di antara penggunaan perkataan-perkataan dan cara penggunaan yang betul, untuk meningkatkan kebolehan anda dalam penulisan dan pertuturan serta mampu mempelbagaikan cara penyampaian.

 

 
 

Terkini Kamus Terminologi Matematik dan Kamus Terminologi Sains Tribahasa
- Membolehkan anda berupaya menghadapi pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dengan merujuk kepada contoh-contoh ayat dalam 3 bahasa.
- Tambahan ilustrasi yang jelas.

 

 
  Ekslusif dengan Kamus Bahasa Cina Moden, 'XianDai HuaYu CiDian' (versi Malaysia)
Perkataan-perkataan standard di negara kita.
- Kamus Bahasa Cina yang paling standard di negara kita.
- Mampu menemukan perkataan-perkataan yang tidak dapat dicari di dalam kamus biasa.
- Kamus Bahasa Cina pelajar dilengkapi dengan rujukan sebutan, cara menulis, contoh-contoh ayat, kata sebunyi, kata hampir serupa, sinonim(kata seerti), antonim(kata lawan).
 
  Terkini Sebutan sebenar yang terkini bagi 3 bahasa
- Sistem [Sebutan Suara Sebenar] yang terkini mampu memyampaikan sebutan dengan jelas dan tepat.
 
  Terkini Fungsi mencari yang amat berkuasa dan terkini
- Dapat mencari banyak contoh ayat, kaya dengan rujukan frasa-frasa dan penerangan.
- Pantas dan senang digunakan, memberikan anda pembelajaran yang berkesan.
 
  Terkini Pembelajaran penulisan 3 bahasa
- Mengajar anda rahsia dalam penulisan, menyediakan banyak contoh serta muat turun percuma tanpa had.
 
 

Ekslusif dengan rakaman suara manusia sebenar untuk pembelajaran sebutan fonetik Bahasa Melayu
- Suara manusia sebenar menunjukkan sebutan perkataan dengan betul dan terang, untuk membantu anda menguasai Bahasa Melayu.
- Menguasai cara pertuturan kaum Melayu yang sebenar, untuk anda mencapai prestasi yang paling baik dalam ujian lisan.

 

 
  Terkini Kandungan tempatan yang paling komprehensif dan terkini untuk pembelajaran 3 bahasa
- Kandungan yang cukup banyak sebagai asas kukuh menimba pengetahuan untuk memenuhi keperluan di dalam pembelajaran anda.
- Bina dalam sepenuhnya, tidak perlu dimasukkan kad.
- Muat turun percuma tanpa had.
 
  Terkini Pembelajaran Multimedia melalui Video
-Kaya dengan kandungan multimedia, bagi memudahkan pembelajaran anda.

Pilih negeri

 
Copyright © 2009 Alpha-Tech Distribution Sdn Bhd. All rights reserved.